Landmark Wiki

← Mercu tanda di Kuala Lumpur · Panduan bandar dan peta

Tugu Negara

Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Bahasa Indonesia · Español

Tugu Negara
Sejarah penuh dan bacaan lantang Arah

Jawapan ringkas

Apakah Tugu Negara?

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali ringkasnya sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan semasa Darurat (1948-1960).

Di manakah Tugu Negara?

Di Kuala Lumpur, pada koordinat 3.1489, 101.6838.

Kisahnya

Tugu Peringatan Negara (atau juga dikenali ringkasnya sebagai Tugu Negara) telah disiapkan pada 8 Februari 1966 sebagai penghormatan kepada lebih 11 ribu perajurit yang gugur dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945) dan semasa Darurat (1948-1960). Ia terletak di ibu negara, Kuala Lumpur berhampiran dengan bangunan Parlimen. Pada setiap tahun, 11 November, satu perbarisan hormat akan diadakan di Tugu Negara. Tugu tersebut menggambarkan sekumpulan tentera mengibar bendera negara, Jalur Gemilang. Setiap patung gangsa tersebut melambangkan pimpinan, getir, persatuan, siap sedia, kekuatan, keberanian, dan pengorbanan. Dibina pada tahun 1966, tugu tersebut berdiri setinggi 15 meter, diperbuat daripada gangsa dan direka oleh pengukir Austria, Felix de Weldon yang bertanggungjawab bagi Tugu Peringatan Perang USMC (USMC War Memorial) di Virginia, Amerika Syarikat. Tugu ini juga adalah arca berkumpulan yang tertinggi di dunia.

Berdekatan di Kuala Lumpur

Taman Tasik Perdana

660 m dari sini

Taman Burung Kuala Lumpur

880 m dari sini

Muzium Kesenian Islam Malaysia

1.0 km dari sini

Dataran Merdeka

1.1 km dari sini

Masjid Negara

1.2 km dari sini

Planetarium Negara

1.2 km dari sini

Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.