← Mercu tanda di Kuala Lumpur · Panduan bandar dan peta
Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim
istana negara bagi Malaysia
Bahasa lain: English · 中文 · 한국어 · Bahasa Indonesia · தமிழ்
Jawapan ringkas
Apakah Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim?
Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim (Tulisan Jawi: (ايستان نڬارا, جالن توانكو عبدالحليم) ialah sebuah kompleks istana Malaysia yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur, Malaysia.
Di manakah Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim?
Di Kuala Lumpur, pada koordinat 3.1614, 101.6636.
Kisahnya
Istana Negara, Jalan Tuanku Abdul Halim (Tulisan Jawi: (ايستان نڬارا, جالن توانكو عبدالحليم) ialah sebuah kompleks istana Malaysia yang terletak di Jalan Tuanku Abdul Halim, Kuala Lumpur, Malaysia. Secara rasminya, istana ini digunakan pada 15 November 2011 bagi menggantikan Istana Negara di Jalan Istana sebagai tempat bersemayam kediaman rasmi Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong Malaysia. Istana ini telah diserahkan kepada pentadbiran Istana Negara pada 18 Oktober 2011 dan beroperasi sepenuhnya pada 11 November 2011. Istiadat Menaikkan Bendera Diraja Yang di-Pertuan Agong telah diadakan pada 15 November 2011 bagi melambangkan Istana Negara di Jalan Tuanku Abdul Halim telah diisytiharkan sebagai Istana Negara Malaysia yang baharu. Pentadbiran Istana Negara mula beroperasi sepenuhnya semasa pemerintahan Yang di-Pertuan Agong ke-13, Tuanku Mizan Zainal Abidin manakala istiadat pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-14, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah merupakan istiadat pertabalan pertama di istana ini.
Berdekatan di Kuala Lumpur
Masjid Wilayah Persekutuan
1.4 km dari sini
Tugu Negara
2.6 km dari sini
Taman Tasik Perdana
3.1 km dari sini
Taman Burung Kuala Lumpur
3.5 km dari sini
Muzium Kesenian Islam Malaysia
3.6 km dari sini
Dataran Merdeka
3.6 km dari sini
Teks daripada Wikipedia, CC BY-SA 4.0.